Thursday, 15 December 2011

SATU HARI,,,SEMUA IBADAH KERANA ALLAH,,

 Hari ini, permulaan hari..hari yang mendebarkan. Huu. Rabbi yassir wa la tu'assir. :)

✿~ Bangun awal pagi, alhamdulillah! -ibadah
✿~ Bangunkan roomates kerana Allah- ibadah
✿~ Berwuduk, bersugi amalkan sunnah -ibadah
✿~ Qiyam dua rakaat- ibadah
✿~ Solat nawafil- ibadah
✿~ Solat wajib -ibadah
✿~ Zikir, al-mathurat -ibadah
✿~ Mandi kerana nak sihat tubuh badan, nak bersemangat menuntut ilmu, nak kuat beribadah pada Allah- ibadah
✿~ Bismillah, pilih baju, iron baju kemas-kemas, pakai baju cantik-cantik dan sederhana, TUTU AURAT kerana Allah -ibadah
✿~ Breakfast- sihat tubuh badan, bertenaga, BEKERJA untuk Allah -ibadah
✿~ Dengar radio rancangan baik -ibadah
✿~ SENYUM dan bermanis muka pada roomates kerana Allah -ibadah
✿~ Beri salam, jawab salam, bermanis muka pada yang lain -ibadah
✿~ Jalan kaki atau berkenderaan ke kelas -ibadah
✿~ Tepati waktu -ibadah
✿~ Bersalaman dengan kawan-kawan -ibadah
✿~ Hormat lecturers- ibadah
✿~ Membaca, mengingat, menulis, menghafal, menjawab dan mungkin jugak presentation? -ibadah
✿~ Berfikir -ibadah
✿~ Jalan ke masjid, duduk di masjid, solat di masjid -ibadah
✿~ Qoilulah (tidur sekejap sebelum Zohor) -ibadah
✿~ Nasihat kawan-kawan -ibadah
✿~ Lunch dengan sederhana untuk sihat, dan bertenaga untuk Allah- ibadah
✿~ Baca Al-Quran satu muka kerana Allah -ibadah
✿~Tersepak batu, tolong alihkan -ibadah
✿~ Ternampak sampah, tolong buangkan- ibadah
✿~ Meeting! Itqan dan ihsan dengan kerja, jaga muamalah dan ikhtilat, program bermanfaat untuk orang lain kerana Allah -ibadah.
✿~ Discussion ilmiah- ibadah!
✿~ Ajak adik-adik, kawan-kawan berhalaqah kerana Allah -ibadah
✿~ Ke library baca buku, TAMBAHKAN ILMU - ibadah
✿~ Hadiri majlis ilmu, halaqah -ibadah
✿~ Ajak kawan-kawan ke majlis ilmu -ibadah
✿~ Belanja kawan-kawan -ibadah
✿~ Dengar , dan tengok video yang baik-baik -ibadah
✿~ Baca paper, update news dari saudara-saudara Islam yang lain- ibadah
✿~ Call ummi walid, ibu ayah, mak bapa, mama papa -ibadah
✿~ Tanya khabar adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, sahabat handai -ibadah
✿~ Kemas bilik, tempat tidur, basuh baju kotor (lagi baik cuci pakai tangan sendiri-heh!), susun buku, sapu sampah sebab nak jadi Muslim bersih -ibadah
✿~ Diuji, teruji, dan sabar -ibadah


Islam adalah cara hidup, secara KESELURUHAN. Bukan separuh-separuh!
(Al-Baqarah: 208)

Dan, Islam MENGAJAR bahawa hidup ini tiadalah SEMATA-MATA melainkan untuk beribadah kepada Allah.
(Az-Dzariyat: 56)

>>> Islam adalah patuh, tunduk dan taat..Semuanya IBADAH, hanya bila MATLAMATNYA baik, caranya baik, dan DINIATAN kerana Allah..senangkan nak dapatkan PAHALA? Cumanya dalam sehari berapa agaknya pahala "berkurang" sebab DOSA-DOSA "bertambah"? Tolak campur dengan hal-hal lagho dan tidak bermanfaat, tolak campur dengan hati yang BELUM SEMPURNA IKHLASNYA dalam ibadah..yang entahkan amalan-amalan itu, ayam tidak patuk. Itik pun tidak sudu. MUFLIS! Allahhu Allah..♥♥♥

No comments:

Post a Comment